Thursday, June 16, 2011

Selangkah kehadapan

Syukur tak terhingga kepada Maha Pencipta yang menciptakan ilmu untuk diteroka oleh khalifah bumi iaitu kita manusia...

Dalam diam-diam rupanya sudah hampir 3 tahun aku mengusahakan bisnes secara "Home Bakery". Bermula hanya sebagai hobi semata-mata akhirnya aku dapat memanfaatkan ilmu ini untuk menjana pendapatan sampingan di kala kesempitan.

Terus terang aku nyatakan, aku tidak pernah mengambil sebarang kelas ataupun mengikuti sebarang kursus "membaking" lantaran kesibukan kerjaya membataskan keadaan. Tapi dek kerana minat, aku cuba mempelajari sendiri dari internet mahupun majalah. 

Jika dikenangkan, aku mula "membaking" sejak dari umur 15 tahun lagi. Bermula dari "instant cake flour" yang hanya perlu ditambah telur sehinggalah aku cuba membuat "sponge cake" pada Hari Raya Puasa tahun itu.

Masih aku teringat ketika aku mengajak ayah keluar untuk mencari bahan membuat kek span di pekan. Bila aku sebut "Cream Of Tatar" terlopong cina taukeh kedai tu. "Apa itu amoi...? marjelin adalaa.." (instead of margarine). Namun kerana yakin pada aku, ayah membawa aku ke pekan yang lebih besar dari pekan cowboy tadi untuk mencari "cream of tatar".

Setelah semua bahan dapat dibeli...bermulalah operasi dan hasilnya :

Kek yang pertama  keras kerana overmix tepung dan telur.

Kek yang kedua bantat kerana terlalu teruja untuk buka penutup oven berulang kali.

Kek yang ketiga jadi bingka coz too much of liquid aku agak la.

Kek Yang keempat terlalu keras sampai susah nak potong sebab terlebih tepung.

Kek yang kelima yess menjadi, naik tinggi, bau harum...tapi blum masak lagi. Itupun aku ushar dari dalam oven je..excited ni....Bila dah masak..kenapa kecut turun balik kek aku ni.....waaaaaaaa.....

Nostalgia sungguh bila aku kenang kembali. Dalam masa sehari aku berupaya membuat 5 biji kek (yang tak jadi) dan menghabiskan sepapan telur ayam mak aku yang dia nak guna buat bahulu...huhu.

Akhirnya, kerana minat dan juga kepercayaan dari mak dan ayah...aku berjaya membuat Kek Span Pandan yang pertama menjadi for the 6th time bake....